Tawaran Istimewa Air Asia Tambang Murah Sempena PRU14

Tawaran Istimewa Air Asia Tambang Murah Sempena PRU14

AIRASIA, menawarkan tambang tetap serendah RM99 bagi semua laluan domestik pada 8-9 Mei untuk menyokong rakyat Malaysia yang pulang untuk mengundi.

Dalam kenyataannya, AirAsia berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada RM99. Tambang bagi laluan antara Semenanjung dan Sarawak dan Sabah, masing-masing ditetapkan pada RM129 dan RM199.

Katanya semua tawaran tersebut tertakluk kepada adanya tiket dan harga termasuk cukai dan fi.

error: Content is protected !!