Tabung Haji (TH) Hentikan Perkhidmatan Penginapan Percuma kepada Jemaah Transit

Tabung Haji (TH) Hentikan Perkhidmatan Penginapan Percuma kepada Jemaah TransitSHAH ALAM – Setelah bertahun-tahun menyediakan perkhidmatan penginapan percuma kepada jemaah haji transit, Tabung Haji (TH) kini tidak lagi menyediakan perkhidmatan tersebut sekaligus memansuhkannya.

Pengamal Undang-undang, Dato’ Abu Backer Sidek berkata, ini adalah merupakan pertama kali dalam sejarah bahawa penginapan percuma kepada jemaah haji dimansuhkan dan bayaran yang mahal dikenakan kepada Jemaah yang ingin menginap di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) di Sepang.

Menurut beliau lagi, perkara ini akan mengakibatkan jemaah-jemaah haji transit perlu mengeluarkan kos sendiri bagi penginapan mereka sedangkan tidak semua jemaah haji tersebut adalah berkemampuan. Oleh itu, TH adalah dituntut untuk mengembalikan perkhidmatan penginapan percuma tersebut pada musim ini.

Justeru, beliau telah pada 13 Julai yang lalu pergi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut daripada Pengarah Operasi Tabung Haji, Datuk Syed Salleh Syed Abd Rahman. Dalam pertemuan yang diadakan di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak itu, Dato’ Abu Backer telah menyoal tindakan TH yang telah memansuhkan penginapan percuma kepada Jemaah haji yang transit pada musim ini.

Menurut Datuk Syed Salleh, keputusan tersebut telah dibuat sebulat suara oleh Jawatankuasa yang bertanggungjawab di TH, dan apabila ditanya mengenai sebab keputusan itu dibuat, Datuk Syed Salleh selanjutnya menyatakan bahawa perkara tersebut adalah untuk tujuan perniagaan malah, tiada paksaan dibuat terhadap Jemaah haji yang tidak mahu menginap di Hotel tersebut.

“Untuk mengubah keputusan yang telah dibuat ini akan memerlukan persetujuan daripada Jawatankuasa yang sama dan saya tidak mempunyai kuasa tersebut.” Katanya lagi.

Namun, bagi Dato’ Abu Backer, bakal jemaah haji selaku pendeposit dan “PEMILIK TABUNG HAJI”wajar mendapat layanan TERBAIK terutamanya dalam pemberian penginapan percuma sebelum berlepas ke Tanah Suci sepertimana ianya telah di laksakan TH lebih 33 Tahun yg lepas. Selanjutnya tidak semua Jemaah haji berkemampuan bagi membayar kos-kos penginapan yang dikenakan bayaran yang mahal itu.

Menurut beliau lagi, TH tidak wajar mengambil keuntungan daripada situasi jemaah-jemaah haji memerlukan penginapan sebelum berangkat ke tanah suci. TH sepatutnya sebagai agensi utama yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan untuk mengelola urusan haji di Malaysia wajar menjaga kebajikan jemaah haji/ Tetamu Allah terutamanya yang dtg jauh daripada seluruh pelosok Malaysia.

“Saya menggesa dan meminta pihak Menteri dan Pengurusan TH yg Baru ini agar Dan SEGERA supaya mengubah keputusan berkenaan dan memberikan penginapan percuma di semua PUSAT PERLEPASAN HAJI di seluruh negara kepada bakal jemaah haji yang memerlukan untuk transit sebagaimana yang dilakukan selama 35 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, jika TH gagal berbuat demikian, beliau akan memfailkan satu permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah mandamus dan menghalang TH serta ejen-ejennya daripada mengenakan apa-apa bayaran kepada bakal jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan penginapan di bawah badan pengurusan haji dan atau ejen / wakil Tabubg Haji di Seluruh Malaysia.

Dato’ Abu Backer berkata, bermula musim ini, semua urusan berkaitan haji di Kompleks TH Kelana Jaya berpindah ke premis baharu iaitu di Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penerbangan pertama haji telah berlepas pada Ahad lepas sementara penerbangan terakhir ke Tanah Suci dijangka pada 14 Ogos depan.

Dato’ Hj Abu Backer Sidek
Pemerhati BEBAS Parcs PRU 14 Dan JANJI 100 HARI KERAJAAN PH

Keadaan Tetamu Allah yg di layan Dgn keadaan yg panas, tanpa kipas , tanpa KERUSI, lampu yg malap pada waktu malam bagai pelarian oleh Tabung Haji kini di bawah KERAJAAN Pakatan Harapan. Tiada lagi asrama @ tempat tinggal percuma mulai tahun ini utk jemaah haji Tetamu Allah dan “PEMILIK TABUNG HAJI ” sedangkan KERAJAAN UMNO telah berikan Hotel dan Asrama Percuma selama lebih 33 tahun sewaktu memerintah. Menteri Dan kepimpinan Tabung Haji di bawah Pakatan Harapan hari ini HANYA minat “BERNIAGA” DAN MENCARI KEUNTUNGAN dari JEMAAH HAJI tanpa mengira kebajikan kpd Tetamu Allah dan faktor Haram Dan Halal walaupun telah didesak RAKYAT utk mengubah keputusan Tidak Bertanggung Jawab Pengurusan Tabung Haji tsb.

error: Content is protected !!