Susahnya Jadi Batang Tubuh Bernama Anwar Ibrahim

Susahnya Jadi Batang Tubuh Bernama Anwar IbrahimPandangan saya.

Susahnya jadi batang tubuh bernama Anwar Ibrahim. Keluar penjara, diberi pengampunan penuh oleh YDPA, salah. Jumpa Sultan dan Raja2, salah. Keluar negara jumpa pembesar negara luar, salah. Menegur dan beri nasihat kepada menteri PH sediada, salah. Semua jadi serba salah. Rasanya jika beliau duduk diam2 kat rumah mengemas dan memasak untuk Wan Azizah pun dikata salah.

Dulu korang juga yang perjuangkan nasib beliau. Korang juga yang menyalak hari2 minta keadilan untuk beliau. Korang juga yang dok canang beliaulah bakal PM ke 8 ganti Tun M kan.. Fikirkan baik2, semua ini aturan dan kehendak Allah jua. Qadha dan QadarNya. Kita merancang, tapi Allah jualah Sebaik2 Perancang. Move on lah sikit. Bagi peluang pemuka dan perancang negara buat kerja, kita pantau dengan baik dan doa yang baik2.

Kritik boleh, tapi berpada dan kena pada tempatnya. Biar Tun M bina semula negara, dan Anwar buat kerja dia. Kita mana tahu apa yang dah dipersetujui antara mereka berdua. Tak semua perbincangan rahsia didedahkan kepada awam, tapi saya percaya sudah tentu untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Yang lain biar kediaaa.. Biar kediaaaa.

Susah2, hantar balik Anwar masuk penjara. Habis cerita.. Boleh gitu? Sekian, tenkiu😇 Hasmeon Jer

error: Content is protected !!