Semasa PRU14 2018 | Rela akan bantu polis

Semasa PRU14 2018 | BAGAN DATUK – Perlantikan angota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal lalu lintas semasa PRU14, 9 Mei nanti adalah untuk memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea berkenaan merupakan inisiatif Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim bersama Ketua Pengarah Rela Malaysia, Zulkifli Abidin dan dipersetujui Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Kita mahu anggota Rela membantu meringankan beban pihak polis yang menjaga lalu lintas dan tidak mahu lalu lintas dihalang semasa hari mengundi seperti yang berlaku pada PRU12, PRU13 dan PRK lalu kerana dikatakan membawa pengundi hantu.

“Bukan sahaja pengundi tempatan yang bawa kenderaan mereka sendiri telah dihalang kononnya pengundi hantu apalagi pengundi yang duduk luar Dun dan Parlimen tapi mengundi di situ juga dihalang,” katanya pada majlis Perasmian Sambutan Ke-46 Rela Malaysia Peringkat Negeri Perak, di Dataran Bagan Datuk, hari ini.

Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa tidak ada mana-mana pihak memanipulasi atau memutarkan kenyataan bahawa anggota Rela akan membantu PDRM mengawal lalu lintas kerana ia mendapat kebenaran Ketua Polis Negara.

“Jadi saya ingin menyeru semua anggota rela yang bakal bertugas pada PRU14 supaya keluar mengundi awal memakai pakaian biasa dan selepas selesai mengundi sarunglah uniform celoreng digital kebanggaan anda untuk menjalankan tugas.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa Rela tidak mengambil alih tugas Polis Trafik mengawal lalu lintas sebaliknya mereka akan sama-sama membantu meringankan tugas polis mengawal lalu lintas,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama Ahmad Zahid turut meminta 3.06 juta pegawai dan anggota Rela seluruh negara terus memberi sokongan kepada kerajaan BN pada PRU14.

“Kita semua adalah mata dan telinga kerajaan, pendokong tegar kerajaan dan kita sanggup berada di hadapan untuk pertahan kerajaan negeri dan persekutuan ekoran sokongan ini cukup munasabah kerana tapa kita mohon PM umum kenaikan elaun kepada semua anggota Rela.

“Kita harap 9 Mei apabila perayaan hari besar terjemah makna demokrasi mahu seluruh pegawai dan anggota rela bersama kerajaan sedia ada kerana kesinambungan dalam kepimpinan,” katanya. http://www.sinarharian.com.my

error: Content is protected !!