Semasa PRU14 2018 | Radhi Mat Din calon PAS Parlimen Pokok Sena

Radhi Mat Din calon PAS Parlimen Pokok Sena

Semasa PRU14 2018 |KUALA KEDAH: PAS mengumumkan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Pokok Sena.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat pengumuman itu pada majlis ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, malam tadi. (Foto di atas daripada Facebook Tuan Guru.)

Beliau juga mengumumkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurrazi sebagai calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundur dan Muhamad Riduan Mohd Othman sebagai calon Parlimen Kuala Kedah. – HARAKAHDAILY 15/4/2018

error: Content is protected !!