Semasa PRU14 2018 | MCA Kesan Maklumat Palsu PRU14

MCA Kesan Maklumat Palsu PRU14

Semasa PRU14 2018 | SEREMBAN – MCA Negeri Sembilan mengesan beberapa maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook berkenaan PRU14.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, penularan maklumat itu dilihat rancak sejak seminggu lalu iaitu selepas Parlimen dibubarkan.

“Antara mesej disebarkan iaitu mengajar pengundi membuat pangkah yang betul pada kotak undi sedangkan maklumat diberi boleh menyebabkan undi jadi rosak jika berlaku sedikit kesilapan.

“Mesej lain iaitu beberapa hari sebelum hari mengundi, orang Cina diminta tidak pergi ke pusat hiburan kerana akan ditangkap polis yang menyebabkan mereka tak pergi mengundi,” katanya pada sidang media di sini, tadi

Sin Woon berkata, pihaknya bimbang apabila ramai yang mempercayai maklumat disebarkan sekali gus boleh memberi kesan pada hari pengundian.

“Jika dibiarkan ia boleh mewujudkan suasana politik tidak bersih pada pilihan raya kali ini. Kita belum sampai pada hari penamaan calon, tapi sudah banyak berita dan maklumat palsu disebarkan.

“Kita nampak sudah ada gerakan oleh pihak tertentu untuk mencipta satu lagi gelombang seperti penipuan 40,000 warga Bangladesh yang mengundi pada PRU13,” katanya.

Menurutnya, sehubungan itu pihaknya akan berbincang dengan Biro Undang-Undang MCA bagaimana tindakan boleh diambil mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar.

error: Content is protected !!