Semasa PRU14 2018 | Masyarakat di DUN Kota Tidak Gentar Bersama PAS

Masyarakat di DUN Kota Tidak Gentar Bersama PAS

Semasa PRU14 2018 | ASTANA RAJA, 14 April – Majlis perasmian Bilik Operasi Kg Penajih yang diadakan hari ini telah mendapat sambutan di luar dugaan apabila ramai yang hadir sebelum ini agak keberatan menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Mustafa Dolah selaku Bendahari PAS Negeri Sembilan. Dalam ucapannya Ustaz Mustafa mengingatkan petugas agar sentiasa mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, iaitu memberi banyak penerangan kepada pengundi dan bukannya menyerang.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Haji Rozmal Malakan selaku Naib Yang Dipertua PAS Rembau dan Haji Ishak Omar iaitu Penyelia PAS DUN Kota serta Izamri Med, Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota.

error: Content is protected !!