Semasa PRU14 2018 | Manifesto BN Johor: Tak pinggir OKU dan Orang Asli

2,000 Siswa Bantu BN Berkempen PRU14Semasa PRU14 2018 | JOHOR BAHRU – Membaikpulih fasiliti dan kemudahan orang kelainan upaya (OKU) adalah antara tawaran yang diberikan BN Johor melalui manifesto PRU14 yang dilumumkan.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha tersebut bertujuan meningkatkan keupayaan golongan tersebut, sekali gus memastikan mereka tidak dipinggirkan.

Katanya, BN sentiasa  di ambil peduli bagi memastikan komuniti tersebut dapat menjalani kehidupan dengan mandiri, dihormati dan bermaruah.

“Kita akan naik taraf kemudahan OKU yang lengkap bermula daripada kawasan Iskandar Malaysia dan meluaskan projek tersebut ke seluruh negeri ini dalam tempoh lima tahun.

“Kita juga akan menyediakan kemudahan mesra OKU dalam pengangkutan awam babit perkhidmatan bas dan kereta api di seluruhJohor,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto Johor.

Mohamed Khaled berkata, BN Johor juga akan membantu  mewujudkan pusat komuniti khas untuk golongan berkenaan yang mana akan melibatkan pembinaan taman rekreasi dan riadah khas untuk mereka.

“Kita juga akan membuka taska khas untuk kanak-kanak OKU yang mengidap penyakit seperti autisme dan sebagainya.

“Selain itu, kita juga akan bantu mereka dapatkan peluang pekerjaan dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mewajibkan kuota khas penerimaan golongan seperti ini,” katanya.Dalam pada itu, inisiatif lain yang dijalankan adalah mewujudkan Orkestra Klasik Johor dengan menjadikan muzik sebagai instrumen latihan, pembinaan kapasiti dan rekreasi sosial.

“Ia akan melibatkan penyertaan daripada golongan OKU negeri  termasuk Orang Asli dan mereka yang kurang bernasib baik. Inisiatif ini kita akan jalankan dengan kerjasama Sekolah Seni Malaysia di Johor.

“Kita juga akan mempromosikan secara meluas Festival Kesenian dan Kebudayaan OKU Negeri Johor yang dalam tempoh ini akan dikelola Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

bercakap soal manfaat diterima Orang Asli di negeri ini, Mohamed Khaled berkata, pelbagai inisiatif telah direncana khusus untuk golongan berkenaan.

“Mereka ini  turut dilibatkan dalam pelbagai usaha seperti Orkestra Klasik Johor yang kita akan wujudkan.

“BN Johor juga melaksanakan program pembangunan komuniti Orang Asli berdasarkan keperluan,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, melaui bantuan berkenaan hubungan erat antara kerajaan dan golongan berkenaan akan sentiasa berlaku dari masa ke semasa.

error: Content is protected !!