Semasa PRU14 2018 | Mahu Perjuangkan Isu Alam Sekitar di Parlimen

Mahu Perjuangkan Isu Alam Sekitar di Parlimen

Semasa PRU14 2018 | BEKAS wartawan TV3, Khaidir Ahmad mengumumkan untuk bertanding atas tiket Bebas kerusi Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Khaidir, 56, yang juga Presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM) berkata, keputusan itu dibuat demi memperjuangkan isu alam sekitar selain menginginkan suara pejuang alam sekitar didengari di Parlimen dan DUN.

“Saya memilih Bebas kerana tidak ada lagi mana-mana parti politik yang berani menyuarakan isu alam sekitar di Dewan Rakyat dan DUN selama ini.

“Saya sudah pasti bertanding di kerusi Parlimen Temerloh tetapi masih memikirkan untuk turut sama bertanding bagi DUN Lanchang atau Kuala Semantan.

“Asalnya saya mahu bertanding di Kuala Semantan tetapi selepas persempadanan semula kawasan kediaman saya berubah masuk ke dalam DUN Lanchang,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Beliau juga yakin untuk memperoleh keputusan yang terbaik berdasarkan sokongan ramai pengikutnya di laman sosial dan juga di luar.

Katanya, sekiranya terpilih menjadi Ahli Parlimen atau ADUN, beliau akan memperjuangkan isu berkaitan alam sekitar serta pencemaran sungai di seluruh negara untuk dibahaskan.

Beliau yang menceburi dunia kewartawanan pada 1983 berkata, isu alam sekitar kurang diambil perhatian oleh mana-mana parti politik sebelum ini, yakin sokongan NGO dan pejuangalam sekitar akan memilihnya pada pilihan raya kali ini.

“Saya membelanjakan wang deposit dan kempen sebanyak RM23,000 untuk PRU-14 ini tetapi menyambut baik jika mendapat sokongan moral dan kewangan daripada rakan-rakan yang mengenalinya,” katanya.

Kerusi parlimen Temerloh sebelum ini disandang calon PAS Nasrudin Hassan Tantawi dijangka berlaku pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Bebas. https://www.hmetro.com.my

error: Content is protected !!