Semasa PRU14 2018 | Kupasan Sidang Media Pengisytiharan Manifesto PAS Johor

Kupasan Sidang Media Pengisytiharan Manifesto PAS JohorOleh : ‘Aisyaa Yasmin

Semasa PRU14 2018 | Dr Mohd Mazri Yahya,48 ketika ditemu ramah oleh para wartawan semasa sidang media pengisytiharan manifesto PAS Johor baru-baru ini menyifatkan pilihan raya kali ini merupakan satu proses demokrasi yang sangat terbuka.

“Kita lihat pilihan raya kali ini merupakan satu proses demokrasi dan bukan sekadar meraih undi popular semata-mata.”

Katanya lagi,beliau menjangkakan PRU kali ini berjaya membuka mata masyarakat dengan adanya gabung jalin parti baru dan lama ketika merujuk kepada Gagasa Sejahtera, Pakatan Harapan dan BN.

Sementara itu, Ustaz Abdullah Husin, 56 merangkap Pesuruhjaya PAS Johor juga berkata segala keputusan berkenaan calon dan sebagainya terserah kepada pusat dan majlis syura.

Ketika ditanya berkenaan cabaran PAS bila mana bergerak sendiri Ustaz Abdullah berkata ianya langsung tidak menjejaskan PAS.

“PRU Kali ini bukanlah cabaran bagi PAS dalam bergerak sendiri. Dari segi sokongan rakyat kita ada peluang walaupun tak bersama dengan PH.” Ulas beliau dengan yakin memandangkan PAS kini bersama Gagasan Sejahtera dan ribuan NGO lain yang mewakili masyarakat.

error: Content is protected !!