Semasa PRU14 2018 | Ahli PAS Paling Ramai, Tak Mustahil Tawan Kedah

Semasa PRU14 2018 | PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang optimis PAS mampu menawan Kedah melihat kepada kekuatan jenteranya.

Hadi berkata PAS Kedah mempunyai akar umbi yang kuat dengan jumlah cawangan sekitar 1,200 dan ahli sekitar 170,000 orang, iaitu yang terbanyak dan teramai di negeri itu.

“Kita berpijak di landasan betul…Pas miliki akar umbi yang kukuh,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau mengingatkan gabungan pembangkang dulu, Pakatan Rakyat, bersama-sama DAP dan PKR, mampu menawan Kedah pada 2008 kerana sumbangan jentera PAS.

“PKR dan DAP tumpang jentera Pas, sekarang kita ambil semula jentera itu dan kita ada kekuatan yang lebih mantap,” katanya http://www.freemalaysiatoday.com

error: Content is protected !!