Semasa PRU14 2018 | Sah Hadi dicabar Anak Saudara di Marang

Sah Hadi dicabar Anak Saudara di Marang

Semasa PRU14 2018 | Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Marang Miqdad Zakaria disahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen Marang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei ini.

Miqdad Zakaria, anak saudara kepada isteri presiden PAS, diuar-uar bertanding di situ sejak dia keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Kalau ikutkan memang dia nak elak (lawan Hadi) tapi sebab itu (Marang) kawasan dia dan dia memang nak ambil Parlimen Marang jadi dia akan lawan (Hadi) di Parlimen lah,” kata sumber dalaman parti itu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut berhubung langkah Abdul Hadi bertanding satu kerusi sahaja, sumber menjelaskan Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu akan memutuskan perkara itu kemudian.

“Tapi kalau Hadi tanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), Pakatan Harapan Negeri yang akan tentukan,” katanya.

Pada 11 April lalu Utusan Malaysia melaporkan Abdul Hadi memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU ke-14 kali ini.

Bagaimanapun, beliau masih belum keputusan sama ada mahu bertanding di kerusi DUN atau Parlimen.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Hadi kekal menyandang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN.

Kerusi DUN Ru Rendang adalah kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh BN sejak pilihan raya 1982.

Bagi parlimen Marang, Abdul Hadi mula bertanding di kerusi itu sejak 1986 dan sepanjang tempoh tersebut, beliau menang lima daripada tujuh kali pilihan raya hingga 2013.

PAS dijadual mengumumkan calon mereka secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini.

Manakala HARAPAN Terengganu akan berbuat demikian pada 26 April ini oleh Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dungun, Terengganu.

error: Content is protected !!