Penjelasan Istana Negara berhubung proses pengampunan Anwar

Penjelasan Istana Negara berhubung proses pengampunan Anwar

KUALA LUMPUR: Istana Negara pada Isnin mengeluarkan kenyataan bagi memperjelaskan tentang status proses pengampunan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan dari Istana Negara itu membayangkan situasi dimana Yang di-Pertuan Agong pada awalnya telah berkenan untuk mendengar kes pengampunan pada hari ini15 Mei 2018, namun Pejabat Perdana Menteri yang telah memohon untuk menunda mesyuarat terbabit ke hari Rabu, 16 Mei 2018.

Berikut adalah kenyataan Istana Negara bertarikh 14 Mei 2018, yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Aziz:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan dan berpuashati dengan semua prosedur berkaitan prosiding oleh Lembaga Pengampunan Diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditetapkan esok (hari ini) hari Selasa 15 Mei 2018 jam 11.00 pagi.

Walau bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri telah memohon supaya mesyuarat tersebut ditangguhkan kepada (hari) Rabu 16 Mei 2018 jam 11.00 pagi.

Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya perkara ini dimuktamadkan pada 16 Mei 2018, Rabu menjelang Ramadan.

Astro Awani

error: Content is protected !!