PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan berkuat kuasa 18 Jun

PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan berkuat kuasa 18 Jun

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran lima pegawai kanannya berkuat kuasa 18 Jun ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara Datuk Asmawati Ahmad berkata pertukaran itu melibatkan antaranya Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zamri Yahya.

“Beliau akan bertukar jawatan sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan di sini.

Asmawati berkata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid pula akan bertukar jawatan dengan Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Omar Mammah.

Selain itu, beliau berkata Juruiring kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai Ketua Urus Setia, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Katanya Juruiring Kepada Timbalan Perdana Menteri ACP Mohd Nasaruddin M Nasir pula ditukarkan sebagai ACP (Kepolisan Am) Unit Tindak Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan KDNKA Bukit Aman.

— BERNAMA

error: Content is protected !!