Menjawab Penjelasan Prof Dr Ahmad Atory Hussain Mengenai Caitroopers BN Kekurangan Hujah Bernas

Menjawab Penjelasan Prof Dr Ahmad Atory Hussain Mengenai Caitroopers BN Kekurangan Hujah BernasAku nak menjawab penjelasan dari Prof Dr Ahmad Atory Hussain ni

Hujah beliau adalah kononnya caitroopers BN kekurangan hujah bernas, lalu dengan mudah ditangkis hujah tersebut oleh parti lawan

Beliau juga berkata, bilangan caitroopers BN bukan menjadi masalah kerana jumlah mereka agak ramai, tambahan pula mereka menerima upah

Contoh terdekat adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), jabatan yang menyalurkan dana kepada caitroopers BN selama ni

********************************

1. Pada pendapat aku, bukannya caitroopers BN kekurangan hujah bernas, tetapi mereka tiada motivasi dan inisiatif yang tinggi, kebanyakan mereka hanya terima bulat-bulat fakta dari orang atasan, lantaran mereka menerima arahan, harus patuh.

2. Hal ini berlainan sekali dengan penyokong PH yang bukan menerima arahan sesiapa, tidak menerima upah mahupun gaji tetap. Maka mereka bergerak atas usaha dan inisiatif sendiri tanpa paksaan.

3. Aku ada baca teori psikologi manusia yang mengatakan, manusia akan lebih bekerja keras jika mereka bergerak atas usaha sendiri, ganjaran yang mereka dapat di hujung tugasan, akan lebih bermakna dan puas hati atas penat lelah usaha sendiri

4. Berbanding mereka yang menerima arahan dan mendapat upah, usaha mereka hanyalah dalam kadar minima, lantaran mereka tiada kesedaran motivasi yang tinggi. Umpama “pahat dengan penukul”, nak kena ade orang atasan paksa, baru la kerja jalan

5. Gaji tinggi juga tidak menjamin usaha bersungguh-sungguh, kerana bagi mereka (caitroopers BN), usaha maksima atau minima, gaji mereka tetap berjalan.

6. Maka ramai sekali kita dapat nampak Caitroopers BN menerima fakta bulat-bulat dari ketua mereka tanpa ada usaha untuk mengesahkan kesahihan sesuatu fakta yang diterima

7. Berbeza sekali dengan penyokong PH, mereka akan sedaya upaya menyemak kesahihan fakta sebelum berdebat dan menangkis hujah caitroopers BN.

8. Maka dengan sebab itulah, kita dapat nampak, penyokong PH dengan mudah dapat mematahkan hujah caitroopers BN

*************************************

Kesimpulannya, PH tidak perlu mengikut langkah BN untuk menyediakan dana kepada cybertroopers PH, biarkan mereka bergerak bersendirian, kerana itu akan lebih menguatkan semangat dan motivasi diri tanpa didorong oleh wang ringgit. CP dari Ahmad Zulfadhli Mohamad Jamalullail

error: Content is protected !!