Kenapa Menteri Kita Pantas Mendengar Suara Desakan Liberal?

Kenapa Menteri Kita Pantas Mendengar Suara Desakan Liberal?Sepanjang lebih kurang 27 hari kerajaan baru, cuba anda senaraikan apa tindakan pantas dan tegas menteri dalam menyelesaikan isu-isu panas yang menyentuh tentang agama Islam dan hak Melayu (Bumiputera) ?

Mari kita lihat apa yang dah berlaku dalam tempoh ini,

PERTAMA,
Pada 4 Jun, Jam 5:39 petang. Menteri meminta Bernana memembuat “penjelasan” kenapa program siaran Siti Kasim dibatalkan. Apa maskud “penjelasan” yang disebutkan oleh menteri ketika itu ? Maksudnya menteri secara halusnya mendesak Bernama untuk meneruskan program siaran Siti Kasim tersebut. Akhirnya Bernama keluarkan kenyataan, program tersebut tidak dibatalkan. Walhal, Siti Kasim terkenal sebagai individu yang telah melakukan provokasi yang banyak kepada insitusi agama Islam. Cukup Siti Kasim berdehem sahaja pada jam 12.04 tengah hari, tak sampai 24 jam menteri memberi respon. Cukup pantas menteri mendengar suara liberal ini.

KEDUA,
Pada 5 Jun keesokannya pula, penulis sensasi portal liberal Zurairi A.R mempertikai Kementerian Pendidikan mengeluarkan 1 tweet Kempen Al Quran anjuran ISMA dan PEMBINA kerana Kementerian Pendidikan tiada kaitan portfolio dengan Kempen Quran tersebut. Beliau bukan sahaja tweet, beliau terus menghantar mesej kepada Dr Maszlee Malik untuk meminta “pencerahan”. Tidak 24 jam, tweet kempen Al Quran anjuran ISMA dan PEMBINA terus dipadam. Zurairi mempertikaikan pekara ini kerana tiada kaitan dengan portfolio Kementerian Pendidikan. Tetapi beliau pula mempertikaikan re-tweet Kementerian Pendidikan tentang Tabung Harapan Negara ? Itu bukan portfolio Kementerian Pendidikan ! Itu biarlah Menteri Kewangan yang tweet. Jadi, “pencerahan” Zurari itu sebenarnya adalah desakan untuk Dr Maszlee Malik mengarahkan staffnya memadamkan tweet kempen quran tersebut. Adakah menteri kena tunggu kempen Quran daripada DAP baru menteri tidak padam tweet tersebut ? Adakah itu makna rahmatan lil alamin ? Menteri Pendidikan perlu tegas dan “walk the talk” seperti slogannya “to be religious is not a crime”. Biarlah apa orang kata, anda tetap istiqamah menjadi seorang Menteri Pendidikan yang kuat beragama.

KETIGA
Kebebasan suara yang dilaungkan oleh golongan liberal semuanya pembohong. Mereka bebas mengkritik agama Islam, tetapi mereka tidak berani untuk menerima kembali kritikan ilmiah daripada nitizen. Buktinya, admin baru bagi “Assalamualaikum” dekat twitter Siti Kasim, terus kena block. Belum lagi mulakan sesi penghujahan.

KESIMPULAN
Kenapa menteri kita hari ini seperti hanyut dengan suara liberal ? Apa sahaja permintaan daripada golongan liberal, tidak sampai 24 jam menteri selesaikan. Pantas !

Ini baru 27 hari, belum 100 hari lagi.

Apa agaknya selepas ini yang akan berlaku ?

———————-

Dapatkan kupasan isu semasa di saluran rasmi telegeram GPS : t.me/pengundisedar

error: Content is protected !!