Semasa PRU14 2018 | Bendera Parti Naik Lori Kerana Pasang di Tempat Tidak di Benarkan

Bendera Parti Naik Lori Kerana Pasang di Tempat Tidak di Benarkan

Semasa PRU14 2018 | KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menurunkan kira-kira 1,000 bendera parti yang dipasang di kawasan yang tidak dibenarkan, dalam operasi di sekitar bandar raya ini, semalam.
Antara lokasi yang terlibat ialah Kuala Ibai, Chendering dan Kubang Tangga.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, tindakan itu terpaksa dibuat kerana ada parti yang terlibat tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, dengan memasang bendera parti di kawasan yang tidak dibenarkan seperti jambatan, bulatan dan masjid sehingga boleh mengancam keselamatan orang awam.

“Kita sebenarnya sudah mengeluarkan notis larangan pemasangan bendera parti di tempat awam, terutamanya di kawasan berisiko kepada semua pemimpin parti politik. Kita juga sudah panggil wakil mereka dan beri penjelasan tentang lokasi yang dilarang untuk pemasangan bendera.

“Malangnya, ada antara mereka yang tidak patuhi peraturan ini menyebabkan kita terpaksa bertindak menanggalkan bendera parti. Tindakan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil Akta Pilihanraya dan Perintah 6 (1), Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihan Raya) 1990,” katanya.

Beliau menjelaskan, berdasarkan peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri, sepatutnya bendera parti tidak boleh dipasang sehingga hari penamaan calon seperti yang ditetapkan iaitu pada 28 April depan.

“Mereka juga kena bayar wang deposit bahan kempen pilihan raya sebanyak RM5,000 untuk kawasan Parlimen dan RM3,000 bagi kawasan Dun.

“Sebelum operasi menanggalkan bendera parti ini dilakukan, kita juga sudah memanggil pemimpin parti politik dan mereka sanggup untuk menanggalkan sendiri bendera dipasang pada tiang elektrik dan di atas jambatan Kuala Ibai,” katanya. http://www.astroawani.com

error: Content is protected !!