Antara Faktor Harga Ikan di Terengganu Mahal

Antara Faktor Harga Ikan di Terengganu MahalAnggaran keperluan ikan di Terengganu ialah sekitar 40,000 metrik tan setahun. Setakat ini nelayan Terengganu hanya mampu mendaratkan sekitar 21,000 metrik tan hasil ikan dalam setahun.

Antara punca kurangnya pendaratan ikan di Terengganu ialah kerana nelayan Terengganu lebih selesa mendaratkan hasil tangkapan di Tok Bali dan Kuantan. Hal ini kerana beberapa sebab berkaitan dengan infastruktur jeti pendaratan, kedalaman muara sungai dan kemudahan pasaran yang ada di jeti-jeti perikanan Terengganu.

Hanya Jeti Perikanan Cendering yang sedia dan mempunyai kedalaman mencukupi untuk pendaratan bot laut dalam. Majoriti muara sungai di Terengganu mengalami masalah muara cetek yang mendatangkan masalah kepada keluar masuk bot nelayan. Bekalan air batu di jeti-jeti perikanan negeri Terengganu juga tidak memenuhi keperluan bot-bot nelayan.

Di Terengganu juga kita kekurangan bot besar laut dalam. Sekadar bot enjin sangkut tak mampu menyumbang banyak keperluan hasil ikan negeri.

Ikan dari luar Terengganu yang dihantar ke Terengganu memerlukan kos pengangkutan yang secara langsung akan meningkatkan harga ikan dipasaran.

Inilah beberapa isu awal yang dikenal pasti hasil dari pertemuan dengan Jabatan Perikanan dan LKIM.

YB Dr Azman Ibrahim
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu

error: Content is protected !!